Showing posts with label teknologi. Show all posts

 

Aplikasi Jadual Berbuka Puasa & Imsak 2015 Untuk Pengguna Android

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MUDAH CEPAT TEPAT


Jadual Waktu Bebuka Puasa & Imsak Negeri-Negeri Malaysia [Klik]


Kecanggihan teknologi kini memudahkan manusia. Dalam soal ibadat terutamanya, pelbagai aplikasi telah dibangunkan untuk digunakan bersama seperti Al-Quran, Waktu Solat, Doa dan lain-lain. Tentunya pembangun program akan mendapat pahala berlipat kali ganda sekiranya aplikasi itu memberi manfaat dan dikongsi dengan ramai orang.



Menjelang Ramadhan Al Mubarak, satu lagi aplikasi yang menjadi buruan kebanyakan orang adalah jadual waktu berbuka dan imsak. Saban tahun kita memuat turun jadual lengkap sebulan yang dikeluarkan JAKIM. Ada baiknya jika ada satu aplikasi yang membolehkan kita melihat dengan pantas waktu berbuka dan imsak mengikut lokasi dan masa yang fleksibel.



Contohnya, jika anda bertugas di luar kawasan, anda tidak perlu memuat turun jadual sebulan untuk lokasi tersebut. Hanya perlu pilih negeri terlibat dan lihat tarikh berkaitan sahaja. Mudah dan cepat! Itu kelebihan mereka yang menggunakan telefon pintar.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran PC Fair 27 Februari - 1 Mac 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2015 (I)




Pameran komputer terbesar, PC Fair 2015 akan berlangsung minggu ini di KL Convention Centre bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac 2015. Pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa bakal menanti anda. Jangan ketinggalan untuk melihat sendiri gajet teknologi terkini yang berada di pasaran.



Setiap pembelian RM 100 ke atas berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Hadiah berupa external Hard Disk, Thumb Drive, Power Bank, Speaker dan lain-lain boleh dimenangi. Layari laman web Pikom dan FB Pikom PC Fair untuk maklumat lanjut.



Program : PC Fair 2015

Tarikh : 27 Feb - 1 Mac 2015

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah Menara KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips : Senarai 25 Password Paling Popular Dan Teruk Tahun 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KATA LALUAN YANG BAHAYA



SplashData telah menyenaraikan 25 kata laluan paling popular dan teruk yang menjadi pilihan ramai pengguna di dunia. Sejak dari tahun 2011, kata laluan "123456" dan "password" mengungguli dua tangga teratas. Antara aplikasi atau laman web yang memerlukan kata laluan seperti emel, perbankan internet, google, facebook dan lain-lain.



Pemilihan kata laluan yang selamat dan sukar diramal amat penting untuk memelihara kerahsiaan data pengguna. Cadangan yang terbaik anda menggabungkan huruf kecil dan besar, masukkan simbol seperti @ untuk a dan $ untuk s di samping nombor-nombor yang sukar diramal (elakkan nombor IC dan plat kereta).



Pengguna juga dinasihatkan menukar kata laluan setiap 6 bulan atau minumum setahun untuk tujuan keselamatan. Kadang kala perkara ini agak rumit dan mengakibatkan kita sering terlupa kata laluan. Oleh itu sediakan tiga set kata laluan dan anda gilirkan dalam kesemua laman web yang anda sering gunakan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran PC Fair 19 - 21 Disember 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2014 (III)




Pameran komputer terbesar, PC Fair 2014 akan berlangsung minggu ini di KL Convention Centre bermula pada 19 hingga 21 Disember 2014. Sempena cuti sekolah, ibu bapa bolehlah membawa anak mereka melihat gadjet terkini sambil berjalan di Aquaria dan PetroSains KLCC. Untuk kakitangan kerajaan, gaji mereka akan masuk pada 18 Disember sempena perayaan Krismas pada bulan ini. Untunglah!


Jangan ketinggalan okeh!


Program : PC Fair 2014

Tarikh : 19 - 21 Disember 2014

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran PC Fair 4 - 6 April 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2014 (I)




Pameran komputer terbesar, PC Fair 2014 akan berlangsung esok di KL Convention Centre bermula pada 4 hingga 6 April 2014. Memandangkan PC Fair 2014 diadakan pada awal bulan, jadi bagi mereka yang baru dapat gaji boleh membeli-belah apa yang patut. Bagi peminat gajet inilah peluang anda untuk melihat dan mencuba aplikasi dan teknologi terkini.


Jangan ketinggalan okeh!


Program : PC Fair 2014

Tarikh : 4 - 6 April 2014

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : MyNutriApps Aplikasi Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat Anda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KEMENTERIAN KESIHATAN



Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan satu lagi aplikasi telefon pintar untuk memudahkan rakyat mengakses info mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat. MyNutriApps dilihat sebagai medium perkongsian tips dan amalan terbaik dalam kehidupan seharian kita.



Ramai antara kita yang tidak mengambil berat isu pemakanan ini. Kesan buruk hanya akan nampak bila usia kita semakin meningkat. Pengambilan kalori yang berlebihan akan membahayakan kesihatan kita. MyNutriApps dapat membantu kita mengetahui pelbagai infomasi tentang pemakanan seimbang.



Aplikasi ini juga mengandungi resipi sihat dan kandungan kalori serta aktiviti yang perlu dilakukan untuk pembakaran kalori. Misalnya jumlah kalori mereka yang bekerja di luar seperti buruh kasar tidak sama dengan pekerja di dalam pejabat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : Aplikasi myJakim banyak membantu tentang kemusykilan agama

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

 APLIKASI JABATAN KERAJAAN

MYJAKIM ANDROID AND APPLE STORE


Jika anda mempunyai smartphone yang canggih, anda perlu download aplikasi ini. Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam. Tahniah kepada MAMPU dan JAKIM kerana menghasilkan satu aplikasi yang sangat bagus dan memudahkan urusan seharian kita. Seiring dengan kemajuan teknologi, adalah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas kepada rakyat.



Apa dia myJakim ni? JAKIM adalah singkatan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini kita terpaksa menggunakan lebih dari satu aplikasi untuk info solat, surah Yassin dan Doa Harian. Tapi dalam aplikasi myJakim mereka menyediakan pelbagai infomasi dalam satu aplikasi sahaja.



Yang menariknya, siap ada koleksi Khutbah Jumaat dan Direkotri Halal. Memang boleh dapat dalam web. Tapi kalau guna smartphone atau tablet lebih mudah jika ada aplikasi begini. Anda juga boleh menyemak Fatwa Kebangsaan atau Negeri dan juga koleksi soalan dan jawapan berkaitan agama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MAYBANK JADI PERINTIS



Nampaknya dunia kita semakin canggih. Sekarang dah ada teknologi withdraw duit tanpa perlu pakai kad di mesin ATM. Maybank menjadi bank yang pertama menyediakan perkhidmatan yang mudah ni. Menarik kan.



Konsepnya, setiap pelanggan Maybank yang ada akaun Maybank2u boleh menghantar wang kepada sesiapa di negara ini sahaja menggunakan telefon bimbit. Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad.



Maksudnya kalau parents duduk jauh yang nak transfer duit untuk anak mereka yang tinggal di asrama tapi takde kad ATM pun dah boleh sekarang. Kaedah ni berguna untuk kita yang mungkin berada di saat-saat kecemasan atau mungkin terlupa bawa kad ATM. Mintak tolong kawan ke siapa transfer duit dulu hehe..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : Aplikasi Terbaik Pembersih Smartphone dan Tablet Anda | Clean Master

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

CLEAN MASTER

KELEBIHAN APLIKASI CLEAN MASTER, BAGUS KE APPS CLEAN MASTER?


Anda selalu pening cara nak bersihkan storage dan memory phone atau tablet? Smartphone anda banyak aplikasi yang running sendiri? Dah cuba banyak software tapi still tak puas hati? Kat sini aku nak share aplikasi yang aku baru je guna iaitu Clean Master. Boleh dikatakan ini aplikasi terbaik yang semua pengguna android perlu ada.



Siapa pengguna tegar android mesti faham pasal isu RAM yang terlalu tinggi. Bila dah install aplikasi ni, dia akan bagi notifikasi untuk clearkan RAM dengan hanya 1 langkah. Sangat mudah dah kita tak perlu stopkan mana-mana aplikasi yang kita tak nak secara manual.



Antara kelebihan dan fungsi yang disediakan Clean Master:

  • Memory Boost/Task Killer - Tambahkan kelajuan peranti anda
  • Clean - Buang fail yang tak perlu untuk tingkatkan storage
  • Clear -Lindungi privasi anda dengan membuang history browser
  • App Management - Pindah aplikasi ke SD Card

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran PC Fair 6 - 8 Disember 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2013 (III)


pikom pc fair 2013 disember, lokasi pc fair 2013 bulan disember, pameran it komputer disember 2013


Pameran komputer terbesar, PC Fair 2013 akan berlangsung esok di KL Convention Centre bermula pada 6 hingga 8 Disember 2013. Sempena musim cuti sekolah, PC Fair akan sesak dengan pelawat tak kira dewasa atau kanak-kanak. Jadi datanglah awal supaya anda boleh membeli belah dengan selesa.


Program : PC Fair 2013

Tarikh : 6 - 8 Disember 2013

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PC FAIR 2013 | 23 - 25 OGOS @ KLCC

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PIKOM PC FAIR 2013 SIRI II | KUALA LUMPUR


pc fair 2013 ogos, pc fair klcc 2013 august 23-25,lokasi pc fair 2013,bila pc fair 2013 ogos,peta pc fair 2013


Pikom PC Fair 2013 kembali lagi bulan ini. Menariknya kali ini jatuh bersekali dengan musim raya. Kepada adik-adik yang dapat duit raya tu jangan belanja semua. Simpan sikit untuk pameran komputer terbesar hujung bulan ini. Memandangkan banyak open house di minggu-minggu terakhir Syawal, korang boleh lah singgah ke PC Fair 2013 untuk cuci mata dan beli apa yang berkenan di hati.



Mudah! Sebab semua syarikat dan pelbagai jenama akan berkumpul di dalam tempat yang sama. Tak perlu singgah banyak kedai untuk beli barang. Cuma mungkin agak sesak pada waktu puncak sampai nak jalan pun susah. Jom kita tengok maklumat lanjut berkenaan aktiviti ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Perlawanan Piala Konfederasi Brazil 2013 @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PIALA KONFEDERASI 2013 | PRELUDE WORLD CUP 2014


keputusan piala konfenderasi 2013,piala+konfederasi+2013,jadual piala konfederasi 2013, JADUAL PIALA KONFEDERASI 2013 BRAZIL, PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013, JADUAL PENUH PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013 DI ASTRO, LIVE STREAMING, SIARAN LANGSUNG

Keputusan Lengkap & Highlight Piala Konfederasi 2013 [Klik]


Piala Konfederasi 2013 merupakan edisi ke-9 bagi kejohanan seumpamanya yang akan diadakan di Brazil sebagai prelude kepada Kejohanan Piala Dunia 2014. Kempen Piala Konfederasi 2013 akan berlangsung dari 15 Jun hingga 30 Jun nanti dengan tuan rumah, Brazil selaku penyangdang juara.


Sebanyak 8 pasukan akan bertarung merebut Piala Konfederasi 2013 antaranya Brazil, Spain, Italy, Uruguay, Mexico, Japan, Tahiti dan Nigeria. Kesemua negara yang layak adalah berdasarkan gelaran juara kejohanan di setiap benua kecuali Brazil (tuan rumah) dan Italy (kerana Spain menang World Cup 2010 & Euro 2012). Menariknya teknologi garisan gol akan digunakan secara rasminya sebelum World Cup 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PC EXPO 2013 | 24 - 26 MEI @ MIDVALLEY KUALA LUMPUR

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PC EXPO 2013

PC EXPO 2013 24-26 MEI MAY 2013 MIDVALLEY MEGAMALL, WAKTU OPERASI PC EXPO 2013,BILA PC EXPO 2013


Nama Program : PC Expo 2013

Tarikh : 24 - 26 Mei 2013

Tempat : MidValley Megamall Exhibition Center

Masa : 11 pagi - 9 malam

Masuk : PERCUMA


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

ASUS MEMO PAD 7" NAMPAK ELEGAN DAN COOL

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

TABLET BAJET YANG MAMPU DIMILIKI


GAMBAR ASUS MEMOPAD 7",PILIHAN WARNA ASUS MEMOPAD


Sejak akhir-akhir ni asyik termimpi-mimpi gadjet terbaru dari Asus ni. Asus Memo Pad 7" adalah tablet yang sesuai untuk mereka yang ingin memilikinya pada harga rendah tetapi berkualiti. Setakat ini harga pasaran di Malaysia sekitar RM 499.


Ada 4 jenis warna yang menawan (Sugar White/Titanium Gray/Cherry Pink) dengan rekabentuk Diamond Checkered.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PAMERAN KOMPUTER : MALAYSIA IT FAIR 2013 | 8-10 MAC @ MID VALLEY KUALA LUMPUR

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MALAYSIA IT FAIR 2013


MALAYSIA IT FAIR 2013 8-10 MAC 2013 MID VALLEY KUALA LUMPUR, MASA MALAYSIA IT FAIR 2013, PAMERAN IT MALAYSIA,


Menangi iPhone 5 & iPad Mini dengan like Facebook Malaysia IT Fair 2013


LOGO MALAYSIA IT FAIR 2013,GAMBAR MALAYSIA IT FAIR 2013

 
 Nama Program : Malaysia IT Fair 2013
Tarikh : 8 - 10 Mac 2013
Tempat : Mid Valley, Kuala Lumpur
Masa Operasi : 11.00 am - 9.00 pm
Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Teknologi Garisan Gol Akan Digunakan Semasa World Cup 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Pengadil Perlukan Bantuan Teknologi



Akhirnya FIFA setuju untuk menggunakan Goal Line Technology (GLT) secara rasminya pada kejohanan World Cup 2014 di Brazil. Sebelum ini ramai pengurus pasukan mendesak pihak pengurusan supaya melakukan sesuatu bagi membantu pengadil dan penjaga garisan membuat keputusan penting.


Bayangkan dalam permainan pantas agak sukar bagi mereka melihat kejadian dengan mata kasar. Hanya ulang tayang dapat menunjukkan hakikat sebenar apa yang berlaku dalam masa 1-2 saat itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Samsung Hasilkan Telefon Pintar Dengan Skrin Fleksibel | YOUM & OLED

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

YOUM PRODUK TERBARU SAMSUNG


skrin lentur fleksibel youm, teknologi skrin youm samsung, gambar skrin lentur youm


Samsung semakin pantas menempa nama dalam arena telekomunikasi. Terbaru mereka menghasilkan telefon pintar dengan skrin boleh lentur / fleksibel yang diberi nama YOUM. Ini memberi gambaran pada masa akan datang pengguna boleh menggulung telefon pintar mereka seperti sekeping peta.


Menarik bukan? Aku masih lagi tak percaya bagaimana teknologi boleh jadi sebegitu canggih. Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED. Hanya satu lapisan nipis bahan kimia ini yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang dan berwarna-warni.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/