Showing posts with label smartphone. Show all posts

 

Aplikasi Jadual Berbuka Puasa & Imsak 2015 Untuk Pengguna Android

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MUDAH CEPAT TEPAT


Jadual Waktu Bebuka Puasa & Imsak Negeri-Negeri Malaysia [Klik]


Kecanggihan teknologi kini memudahkan manusia. Dalam soal ibadat terutamanya, pelbagai aplikasi telah dibangunkan untuk digunakan bersama seperti Al-Quran, Waktu Solat, Doa dan lain-lain. Tentunya pembangun program akan mendapat pahala berlipat kali ganda sekiranya aplikasi itu memberi manfaat dan dikongsi dengan ramai orang.



Menjelang Ramadhan Al Mubarak, satu lagi aplikasi yang menjadi buruan kebanyakan orang adalah jadual waktu berbuka dan imsak. Saban tahun kita memuat turun jadual lengkap sebulan yang dikeluarkan JAKIM. Ada baiknya jika ada satu aplikasi yang membolehkan kita melihat dengan pantas waktu berbuka dan imsak mengikut lokasi dan masa yang fleksibel.



Contohnya, jika anda bertugas di luar kawasan, anda tidak perlu memuat turun jadual sebulan untuk lokasi tersebut. Hanya perlu pilih negeri terlibat dan lihat tarikh berkaitan sahaja. Mudah dan cepat! Itu kelebihan mereka yang menggunakan telefon pintar.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : MyNutriApps Aplikasi Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat Anda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KEMENTERIAN KESIHATAN



Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan satu lagi aplikasi telefon pintar untuk memudahkan rakyat mengakses info mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat. MyNutriApps dilihat sebagai medium perkongsian tips dan amalan terbaik dalam kehidupan seharian kita.



Ramai antara kita yang tidak mengambil berat isu pemakanan ini. Kesan buruk hanya akan nampak bila usia kita semakin meningkat. Pengambilan kalori yang berlebihan akan membahayakan kesihatan kita. MyNutriApps dapat membantu kita mengetahui pelbagai infomasi tentang pemakanan seimbang.



Aplikasi ini juga mengandungi resipi sihat dan kandungan kalori serta aktiviti yang perlu dilakukan untuk pembakaran kalori. Misalnya jumlah kalori mereka yang bekerja di luar seperti buruh kasar tidak sama dengan pekerja di dalam pejabat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : Aplikasi Terbaik Pembersih Smartphone dan Tablet Anda | Clean Master

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

CLEAN MASTER

KELEBIHAN APLIKASI CLEAN MASTER, BAGUS KE APPS CLEAN MASTER?


Anda selalu pening cara nak bersihkan storage dan memory phone atau tablet? Smartphone anda banyak aplikasi yang running sendiri? Dah cuba banyak software tapi still tak puas hati? Kat sini aku nak share aplikasi yang aku baru je guna iaitu Clean Master. Boleh dikatakan ini aplikasi terbaik yang semua pengguna android perlu ada.



Siapa pengguna tegar android mesti faham pasal isu RAM yang terlalu tinggi. Bila dah install aplikasi ni, dia akan bagi notifikasi untuk clearkan RAM dengan hanya 1 langkah. Sangat mudah dah kita tak perlu stopkan mana-mana aplikasi yang kita tak nak secara manual.



Antara kelebihan dan fungsi yang disediakan Clean Master:

  • Memory Boost/Task Killer - Tambahkan kelajuan peranti anda
  • Clean - Buang fail yang tak perlu untuk tingkatkan storage
  • Clear -Lindungi privasi anda dengan membuang history browser
  • App Management - Pindah aplikasi ke SD Card

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

ASUS MEMO PAD 7" NAMPAK ELEGAN DAN COOL

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

TABLET BAJET YANG MAMPU DIMILIKI


GAMBAR ASUS MEMOPAD 7",PILIHAN WARNA ASUS MEMOPAD


Sejak akhir-akhir ni asyik termimpi-mimpi gadjet terbaru dari Asus ni. Asus Memo Pad 7" adalah tablet yang sesuai untuk mereka yang ingin memilikinya pada harga rendah tetapi berkualiti. Setakat ini harga pasaran di Malaysia sekitar RM 499.


Ada 4 jenis warna yang menawan (Sugar White/Titanium Gray/Cherry Pink) dengan rekabentuk Diamond Checkered.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips : Cara Mudah Nak Tahu Keaslian Gadjet Anda | Originality vs AP

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

CARA PANTAS UNTUK SEMAK NOMBOR IMEI



Teknologi sekarang memang pantas. Dari zaman Nokia 3310 hinggalah kepada zaman iPhone 5 & Samsung Note 2. Tapi anda jangan terpedaya dengan model yang canggih tanpa mengetahui status gadjet itu Original atau tidak. Banyak bezanya.


Harga set original jauh lebih mahal kerana kualiti dan jaminan yang diberi lebih baik. Kualiti AP (approved product) lebih murah dan kualiti agak kurang tahan lama. Adakah anda gemar barang murah yang bertahan setahun sahaja?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

ANDROID : Hias Smartphone & Tablet Anda dengan GO LAUNCHER EX

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

DOWNLOAD THEME GO LAUNCHER EX PERCUMA


Rata-rata pengguna Android mesti tau pasal aplikasi launcher ini - GO LAUNCHER EX. Download percuma dan anda boleh hias smartphone @ tablet anda menjadi lebih menarik. Ada bermacam-macam theme untuk dipilih. 


Homescreen anda akan kelihatan lebih segar dan kemas berbanding hanya menggunakan wallpaper biasa. Apa yang akan berubah? Ikon aplikasi, slide transition, shortcuts dan lebih mudah untuk clear memory.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/