Showing posts with label informasi. Show all posts

 

Caj Perkhidmatan Dan Tempoh Masa Pemindahan Wang Menggunakan IBG | Online Interbank Giro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TRANSAKSI ATAS TALIAN SEMAKIN MUDAH

proses interbank giro



Pernah dengar IBG atau Interbank Giro? Pernah buat transaksi dari satu bank ke bank lain secara 'online'? Pasti ramai antara kita yang dah tahu pasal ni kan. Pelaksanaannya dah lebih setahun tapi mungkin ada yang masih samar-samar berkenaan isu ini. Bagi pemindahan wang melalui bank yang sama tidak dikenakan sebarang caj.



Pada Mei 2013 Bank Negara mengumumkan kadar harga baru untuk semua transaksi 'online' dan pengeluaran cek. Tujuannya untuk menggalakkan penggunaan sistem eletronik berbanding dengan penggunaan kertas. Proses pemindahan juga sudah dikurangkan kepada 1 hingga 2 hari bekerja sahaja.



Caj baru untuk semua transaksi atas talian IBG adalah sebanyak RM 0.10 manakala untuk pengeluaran cek dikenakan tambahan RM 0.50 (bayaran proses) dan RM 0.15 (duti setem) menjadikan harga baru kepada RM 0.65. Bayaran proses cek dan duti setem ini hanya akan dikenakan pada pihak pengeluar sahaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Tarikh Cuti Sekolah 2014 | Takwim Persekolahan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

RANCANG CUTI ANDA

JADUAL CUTI SEKOLAH 2014, CUTI PENGGAL 1 2014, CUTI PENGGAL 2 2014, CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014, CUTI AKHIR TAHUN 2014
Kredit : bukitmundok.blogspot.com
Jadual Cuti Am 2014 Seluruh Malaysia [Klik]

Tidak sampai sebulan lagi cuti sekolah (16 Nov 2013) akan bermula. Mereka yang gembira pastinya anak-anak atau adik kita yang masih bersekolah. Di sebalik kegembiraan itu, ada di kalangan pelajar yang mula resah. SPM semakin hampir! Hehe..



Sebagai orang yang pernah melalui zaman SPM dulu, waktu kecederaan ini sangat penting untuk membuat nota ringkas dan ulangkaji subjek yang bermasalah. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan takwim persekolahan dan jadual cuti sekolah bagi sesi 2014.



Kenapa cuti sekolah ini penting? Bagi yang berkeluarga dan gemar melancong, waktu ini dirasakan paling sesuai untuk meluangkan aktiviti bersama anak-anak. Begitu juga untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Bila waktu cuti sekolah je, penuh jemputan kahwin yang diterima.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips : Bila Waktu Sesuai Untuk Minum Air Kosong ?

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR KOSONG


FAKTA WAKTU PALING BAIK UNTUK MINUM AIR KOSONG SUAM MINERAL, BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR SUAM,



Air.. Semua orang pernah minum air kan. Air mineral, jus buah-buahan, dan pelbagai perisa lagi yang boleh kita dapati. Tapi dalam entri ini hanya akan lebih fokus pada air kosong atau mineral sahaja kerana minuman ini adalah yang terbaik diperlukan oleh tubuh setiap manusia selain dapat mencegah penyakit kencing manis.



Tahukah anda bila waktu paling baik untuk minum air? Masa kita dahaga? Kurang tepat! Sebenarnya ada kajian yang telah dibuat tentang perkara ini. Minum air pada waktu-waktu tertentu dapat mengelakkan penyakit sebenarnya.



Minumlah air pada masa-masa di bawah ini. Amalkan dan anda boleh lihat perubahan pada diri anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/