Showing posts with label fa cup. Show all posts

 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT MASIH SELAMAT



Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan pusingan 4 Piala FA Inggeris 2015/2016. Kesemua kelab elit England masih terselamat dari kejutan pusingan terdahulu. Arsenal yang juga juara bertahan mendapat undian di tempat sendiri menentang Burnley.



Manchester United yang semakin bermasalah akan berkunjung ke Derby County untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kalah mati. Manchester City akan menentang Aston Villa dan Chelsea akan menentang MK Dons.



Liverpool  yang baru sahaja layak ke psuingan akhir Piala Capital One akan melayan West Ham di Anfield. Keputusan seri akan membawa kepada perlawanan ulangan di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DOMINASI ARSENAL



Minggu ini akan bermula perlawanan Piala FA Inggeris musim 2015/2016. Seperti biasa tiada perlawanan EPL sepanjang minggu dan hanya akan bersambung pada pertengahan minggu depan. Arsenal juara bertahun 2 kali berturut-turut akan melayan kunjungan Sunderland. Manchester United mendapat undian mudah di laman sendiri menentang Sheffield United.



Manchester City akan bertandang ke Carrow Road selepas kekalahan separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi tadi kepada Everton. Adakah nasib Pellegrini bakal berakhir hujung musim ini? Semuanya bergantung kepada prestasi semasa mereka.



Liverpool dan Chelsea masing mengharapkan pertandingan sebegini untuk meraih sesuatu kejuaraan di kala prestasi kelab mereka dalam EPL yang agak terumbang ambing. Semua perlawanan akan berlangsung pada 9 - 11 Januari 2015. Perlawanan pilihan akan disiarkan Astro.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Arsenal Juara Piala FA Inggeris 2015 | Catat Rekod Baru

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ARSENE WENGER PAKAR PIALA FA



Tahniah pasukan Arsenal yang berjaya dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris buat 2 tahun berturut-turut. Kejayaan menewaskan Aston Villa 4-0 mencatatkan Arsenal pemegang rekod kelab terbanyak memenangi kejohanan kalah mati tertua di dunia itu sebanyak 12 kali. Sebelum ini Arsenal dan Manchster United berkongsi 11 kejuaraan.



Arsene Wenger juga mencatat sejarah tersendiri menyamai rekod George Ramsay (pengurus Aston Villa 1884 - 1926) dengan 6 Piala FA Inggeris meninggalkan Sir Alex Ferguson dengan 5 piala sahaja. Disebabkan beliau masih bersama Arsenal, Wenger berpeluang melebarkan rekod dan meletakkan dirinya sebagai pengurus terhebat dalam pertandingan Piala FA.



Bak kata orang, menang kali pertama lebih mudah dari mempertahankan kejuaraan. Terbukti pasukan Arsenal kini mempunyai pemain yang hebat untuk memberi saingan dalam semua pertandingan musim depan. Cuma elemen konsistensi perlu ditingkatkan dan Wenger perlu membeli seorang penyerang prolifik yang mampu menyudahkan gerakan cantik yang direncanakan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Arsenal vs Aston Villa | Final FA Cup Inggeris 31 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ARSENAL MAMPU PINTAS UNITED


Keputusan akhir : Arsenal 4-0 Aston Villa


Musim EPL sudah berakhir secara rasminya malam tadi. Hanya penentuan penyingkiran ke divisyen 2 sahaja yang agak dramatik. Hull City akhirnya terpaksa akur menamatkan musim ini di tangga ke-18 dan bakal bermain di divisyen 2 musim depan. Hujung minggu ini, peminat bola sepak England akan beralih kepada perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2015 antara Arsenal dan Aston Villa.



Arsenal menamatkan musim dengan bergaya di tempat ke-3 menewaskan West Brom 4-1 dengan jaringan hatrik dari Theo Walcott. Aston Villa yang berada pada kedudukan ke-17 pula tewas kepada Burnley pasukan yang sudah tersingkir dan hanya diselamatkan oleh kegagalan Hull City mencatat kemenangan. 



Dalam pertemuan musim ini, Arsenal berjaya menewaskan Aston Villa dalam kedua-dua perlawanan EPL. Ini meletakkan mereka selaku pasukan pilihan dan berupaya memintas jumlah trofi 11 kejuaraan Piala FA yang dikongsi bersama Manchester United ketika ini. Mampukah Arsenal mempertahankan kejuaraan mereka kali ini?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Final Piala FA Inggeris 2015 | Arsenal vs Aston Villa

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

ARSENAL PASUKAN PILIHAN



PIALA FA INGGERIS 2015 FINAL ARSENAL VS ASTON VILLA



Arsenal kini hanya selangkah sebelum dinobatkan selaku juara Piala FA Inggeris musim 2014/2015. Mereka yang juga juara bertahan dipaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan ketika menentang pasukan divisyen 2, Reading. Akhirnya kesilapan penjaga gol Reading memberi kemenangan kepada Arsenal 2-1 dan melayakkan mereka ke Final FA Cup 2015 bulan depan.



Menanti mereka di perlawanan akhir adalah pasukan Aston Villa yang mengejutkan Liverpool dengan jaringan 2 -1. Biarpun ramai peminat bola sepak menharapkan final antara Liverpool dan Arsenal namun terpaksa akur dengan kemerosotan kelab Liverpool itu yang kini sudah tewas 3 kali dari 4 perlawanan terakhir.



Jika Arsenal layak secara automatik ke UEFA Champions League, Aston Villa akan layak ke slot Euopa League atas tiket finalis FA Cup. Liverpool perlu memastikan mereka menamatkan liga setinggi yang mungkin untuk mengelakkan tersingkir dari bermain di peringkat Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL ARSENAL DAN LIVERPOOL

SEPARUH AKHIR PIALA ENGLISH ENGLAND 2015, PIALA FA PUSINGAN SEMI FINAL ASTRO WAKTU MALAYSIA


Pasukan Arsenal dan Liverpool tidak akan bermain perlawanan EPL hujung minggu ini kerana komitmen mereka dalam Piala FA Inggeris yang sudah memasuki pusingan separuh akhir. Kejayaan Arsenal menewaskan Manchester United di pusingan suku akhir memberikan kelebihan kepada mereka untuk mempertahankan satu-satunya piala yang dimenangi dalam tempoh 9 tahun itu.



Liverpool pula dipaksa untuk bermain dalam 2 perlawanan menentang Blackburn disebabkan keputusan seri 0-0 di Anfield. Coutinho menjadi wira Liverpool dengan gol tunggal dalam perlawanan ulangan di Eword Park sekaligus memberi harapan satu piala musim ini. Dalam sesi undian yang diadakan sebelum ini menyaksikan kedua pasukan Liverpool dan Arsenal terpisah dalam saingan separuh akhir nanti.



Arsenal yang juga juara bertahan akan menentang kelab divisyen 2, Reading manakala Liverpool mendapat undian kelab EPL, Aston Villa. Jangkaan peminat bola sepak semestinya mengharapkan Arsenal dan Liverpool berentap di final Piala FA Inggeris untuk membuktikan pasukan mana lebih handal. Perlawanan semi final nanti akan diadakan di Stadium Wembley (neutral).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED TERUS KEMPUNAN


Jadual Siaran Langsung Semi Final Piala FA Inggeris [Klik]

Manchester United gagal menamatkan badi kejuaraan Piala FA Inggeris setelah tewas 1-2 kepada Arsenal awal pagi tadi. Gol-gol Arsenal dijaringkan Monreal (25') dan Welbeck (61') manakala gol United dijaringkan Wayne Rooney (29'). Valencia yang beraksi selaku bek kanan seharusnya dipersalahkan terhadap kedua-dua gol Arsenal.



Seperti perlawanan derby, pertembungan ini tidak lari dari dicemari dengan beberapa insiden yang agak buruk. Beberapa terjahan keras memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain kedua pasukan. Taktik melayangkan badan atau diving oleh Di Maria dan Januzaj agak memalukan. Di Maria yang dilayangkan kad kuning bertindak agresif dengan menarik baju pengadil dan diarah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua.



Tindakan kurang bijak itu menyebabkan United terpaksa beraksi 10 orang untuk baki 13 minit perlawanan. Kepulangan Welbeck ke Old Trafford menjadi mimpi ngeri untuk penyokong tuan rumah apabila Arsenal layak ke separuh akhir nanti yang akan diadakan di Stadium Wembley.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Manchester United vs Arsenal | Suku Akhir English FA Cup 10 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MUSUH TRADISI


Keputusan Akhir : Man Utd 1-2 Arsenal

Bahang pertemuan dua kelab ternama Inggeris semakin dirasai. Manchester United kemarau kejuaraan Piala FA Inggeris sejak tahun 2004. Arsenal pula menamatkan badi trofi dengan menjuarai Piala FA tahun 2014. Kedua-dua kelab ini juga bersaing merebut 2 tempat ke kejohanan UEFA Champions League musim depan.



Disebabkan Piala FA Inggeris sahaja yang dilihat realistik untuk dimenangi, Louis Van Gaal dan Arsene Wenger memberikan fokus penuh terhadap perlawanan awal pagi esok. Pasukan yang menang bakal mendapat suntikan semangat dan kelebihan psikologi untuk memburu trofi dan meneruskan momentum dalam saingan liga.



Arsenal bagaimanapun tidak mempunyai rekod baik menentang United. Dalam tujuh (7) perlawanan terdahulu, United menang 5 kali dan seri 2 termasuk kemenangan besar 8-2 di Old Trafford. Prestasi terkini menunjukkan Arsenal berada pada tahap yang baik dengan 3 kemenangan berturut-turut dalam liga dan hanya tewas 2 kali dalam tahun 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA Inggeris 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

REBUTAN 3 KELAB ELIT

SUKU AKHIR PIALA ENGLISH ENGLAND 2015, PIALA FA PUSINGAN 6 ASTRO WAKTU MALAYSIA


Hujung minggu ini tiada perlawanan EPL untuk memberi laluan kepada Piala FA Inggeris pusingan suku akhir. Jadi perlawanan EPL bersambung kembali pada minggu depan (boleh rujuk jadual di sini). Hanya tinggal 3 kelab elit liga perdana yang bakal berjuang merebut 4 tempat terakhir dalam English FA Cup 2014/2015.



Manchester United berazam untuk menamatkan badi kejuaraan Piala FA yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2004. Tugas itu tidak mudah kerana mereka bakal menerima kunjungan juara bertahan tahun lalu, Arsenal di Old Trafford awal pagi Selasa depan. Liverpool dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan cabaran kelab divisyen bawah, Blackburn Rovers di Anfield.



Biar pun diundi dengan lawan lebih mudah, kelab-kelab elit harus berwaspada dengan kejutan lawan masing-masing kerana mereka tiada tekanan untuk menang. Jika seri, perlawanan ulangan akan diadakan dan mengganggu jadual asal perlawanan Liga Perdana.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

BUKU BERTEMU RUAS

POSTER MAN UNITED VS ARSENAL PIALA FA CUP 2015


United akhirnya mendapat undian di laman sendiri buat kali pertama dalam saingan Piala FA Inggeris musim ini. Namun undian itu tidak semudah disangka apabila mereka bakal melayan kunjungan Arsenal yang juga juara bertahan bulan depan. Liverpool mendapat undian mudah menentang pasukan divisyen 1, Blackburn Rovers.



Awal pagi tadi, Manchester United terpaksa bekerja keras untuk mengatasi pasukan divisyen 2, Preston untuk mara ke suku akhir. Ketinggalan pada minit ke-47, United bangkit menjaringkan 3 gol menerusi Herrera, Fellaini dan Rooney. Kejayaan itu menyelamatkan harapan trofi tunggal yang masih realistik tahun ini.



Dalam dua lagi undian, Bradford City yang telah mengejutkan Chelsea sebelum ini meneruskan kemaraan dengan menewaskan 1 lagi kelab EPL, Sunderland. Mereka akan bertemu Reading di pusingan suku akhir. Aston Villa diundi menentang West Brom untuk melengkapkan pertemuan kelab EPL.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris Pusingan 5 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AWAS KEJUTAN KELAB KERDIL



Hujung minggu ini tiada perlawanan EPL untuk memberi laluan kepada Piala FA Inggeris pusingan 5. Jadi perlawanan EPL diawalkan ke 11 dan 12 Februari (boleh rujuk jadual di sini). Hanya tinggal 16 kelab yang akan bertarung untuk merebut 8 tempat terakhir dalam English FA Cup 2014/2015.



Manchester United berazam untuk menamatkan badi kejuaraan Piala FA yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2004. Chelsea dan Manchester City yang tersingkir awal memberikan peluang lebih cerah kepada Manchester United, Arsenal dan Liverpool untuk mara lebih jauh.



Biar pun diundi dengan lawan lebih mudah, kelab-kelab elit harus berwaspada dengan kejutan lawan masing-masing kerana mereka tiada tekanan untuk menang. Jika seri, perlawanan ulangan akan diadakan dan mengganggu jadual asal perlawanan Liga Perdana.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Kemarau Piala FA Inggeris Sejak 2004

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

LOUIS VAN GAAL FOKUS



11 tahun sudah berlalu sejak kejayaan mereka merangkul trofi English FA Cup pada musim 2003-2004. Ketika itu Arsenal yang juga juara EPL mencatatkan rekod sebagai pasukan kedua berjaya menamatkan 38 perlawanan liga tanpa kalah. Chelsea memulakan transformasi di bawah Roman Abramovic dan berjaya menduduki tempat kedua. Manchester United hanya mampu berada di tempat ketiga.



Dalam tempoh 11 tahun itu, Chelsea berjaya memenangi 4 trofi Piala FA Inggeris, diikuti Arsenal (2), Manchester City (1), Liverpool (1), Wigan (1) dan Portsmouth (1). Kehadiran Louis Van Gaal dengan reputasi tinggi mungkin dapat membantu United menamatkan badi kejuaraan trofi teragung itu. 2 kali usaha mereka terkandas di peringkat akhir sebelum ini.



Musim ini dengan Chelsea dan Manchester City tersingkir awal memberi harapan kepada Manchester United untuk menamatkan badi kejuaraan Piala FA Inggeris. Tetapi mereka perlu melepasi ujian pusingan ke-5 dan mungkin bakal diundi menentang Liverpool dan Arsenal yang juga merupakan pencabar kuat yang masih tinggal.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Piala FA Inggeris Pusingan Ke 5 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

KELAB ELIT TERSINGKIR AWAL



Pusingan Ke-4 Piala FA Inggeris akhirnya menyaksikan beberapa kejutan dalam keputusan melibatkan pasukan elit EPL. Dari kedudukan 6 teratas EPL semasa, 4 pasukan tersingkir di laman sendiri. Chelsea tewas 2-4 kepada Bradford City, Manchester City tewas 0-2 kepada Middlesbrough, Southampton tewas 2-3 kepada Crystal Palace dan Tottenham kalah 1-2 kepada Leicester City.



Arsenal merupakan satu-satunya kelab elit yang mengesahkan tempat ke pusingan ke-5 dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Brighton & Hove Albion. Liverpool dan Manchester United dipaksa bermain dalam perlawanan ulangan kerana hanya mampu seri dengan alan masing-masing. Jika Louis Van Gaal serius untuk memenangi trofi pertama di England, inilah waktu yang sesuai.



Keputusan luar jangka itu mungkin disebabkan beberapa faktor. Kelab ternama mungkin mengalami masalah dari segi mentaliti kerana ada antara pemain yang mengambil mudah cabaran kelab divisyen yang lebih rendah. Selain itu, polisi penggiliran pemain juga memainkan faktor penting. Chelsea dan Liverpool umpamanya mempunyai lebih banyak perlawanan kerana penglibatan dalam Piala Capital One.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris Pusingan 4 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT DAPAT UNDIAN MUDAH


Keputusan Piala FA Inggeris Pusingan 4 [Klik]

Hujung minggu ini tiada perlawanan EPL kerana memberi laluan kepada Kejohanan Piala FA Inggeris Pusingan Ke-4. Setakat belum ada kejutan besar berlaku dalam pusingan sebelumnya. Semasa sesi undian dilakukan, semua kelab elit EPL berjaya mengelakkan pertemuan sesama sendiri dan diundi menentang kelab divisyen bawah.



Juara bertahan Arsenal akan menentang Brighton, Manchester United bertandang ke Cambrigde, Chelsea menantang Bradford, Liverpool menanti kunjungan Bolton dan Manchester City berdepan Middlesbrough. Kelab yang mendapat undian di tempat sendiri lebih bertuah kerana mereka beraksi di depan penyokong sendiri dan pemain muda lebih yakin untuk memberikan persembahan terbaik.



Rotasi atau penggiliran pemain amat penting dalam mengharungi fasa kedua musim. Ini bagi mengelakkan kecederaan dan penggantungan pemain di samping mengekalkan kecergasan untuk perlawanan lebih penting. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Jadual Piala FA Inggeris 2014/2015 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

UNITED DAPAT UNDIAN DI TEMPAT LAWAN

JADUAL FA CUP 2015 PUSINGAN 4 ROUND 4, PUSINGAN KEEMPAT 2015

Entri : Keputusan penuh pusingan 3 Piala FA Inggeris [Klik]

Misi Louis Van Gaal untuk memenangi Piala FA masih selamat. Kemenangan 2-0 Manchester United ke atas kelab divisyen 2 Yoevil Town tidak semudah yang disangka. Dalam persaingan kalah mati, setiap pasukan akan berjuang bermati-matian untuk mara. Selain Manchester United, Chelsea, Manchester City, Arsenal dan Liverpool juga layak ke pusingan ke-4.



Piala FA Inggeris merupakan pertandingan yang paling berprestij. United kali terakhir memenanginya pada tahun 2004 dan ramai antara pemain mereka yang masih belum merasai trofi ini. Arsenal yang menjuarainya musim lalu berkongsi 11 kejuaraan bersama Manchester United sepanjang Piala FA diperkenalkan.



Dalam sesi undian awal pagi tadi menyaksikan kelab elit liga perdana diundi menentang pasukan divisyen bawah. Chelsea, Manchester City dan Liverpool masing-masing akan bermain di laman sendiri. Manakala Arsenal dan Manchester United terpaksa bertandang ke tempat lawan. Sejujurnya undian di tempat sendiri lebih baik kerana pasukan lebih mudah melakukan rotasi pemain dan menjadi platform pemain muda untuk beraksi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris Pusingan 3 2014/2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ARSENAL JUARA BERTAHAN


Entri : Undian penuh pusingan 3 Piala FA Inggeris [Klik]

Arsenal memulakan misi mempertahankan satu-satunya trofi yang dimenangi mereka dalam tempoh 9 tahun menentang finalis musim lepas, Hull City. Setelah ketinggalan 2-0 ketika perlawanan baru memasuki minit ke-8, Arsenal bangkit menyamakan kedudukan sebelum Ramsey muncul wira menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan.



Melihat kepada prestasi semasa, Arsenal bakal berdepan dengan cabaran paling getir untuk melayakkan diri ke UEFA Champions League musim depan. Kecederaan pemain, kad merah dan persembahan buruk di bahagian pertahanan meresahkan Arsene Wenger yang kini semakin tertekan dengan tindakan peminat yang mahukan beliau meletakkan jawatan.



Sementara itu, Louis Van Gaal bertekad untuk memenangi English FA Cup sebagai trofi pertama beliau di England. Persaingan dalam liga tampak sukar kerana Chelsea dan Manchester City mempunyai skuad yang lebih mantap. Elemen penting untuk menjuarai liga ialah konsistensi manakala dalam Piala FA mungkin boleh dimenangi dengan sedikit faktor nasib.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Jadual Piala FA Inggeris 2014/2015 Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI PIALA LOUIS VAN GAAL


Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris 3rd Round Astro [Klik]

Laluan berliku dalam perlawanan liga mungkin sedikit menyukarkan Louis Van Gaal untuk memenangi kejuaraan pertama beliau di England. Susunan jadual perlawanan yang begitu padat dalam bulan Disember dan masalah kecederaan yang memasuki bilangan ke-43 (terbaru Smalling ketika menentang Southampton) antara faktor yang bakal memainkan peranan kelak.



Oleh sebab itu, peluang yang lebih realistik dalam Piala FA Inggeris yang hanya memerlukan minimum 6 perlawanan untuk bergelar juara. Cuma format Piala FA ini akan mempunyai perlawanan ulangan sekiranya keputusan seri. Ini kekangan utama yang bakal dihadapi kebanyakan kelab yang mempunyai komitmen dalam Piala Capital One Cup dan juga kejohanan Eropah.



Manchester United sudah tersingkir dari Piala Capital One Pusingan 3. Mereka juga gagal melayakkan diri ke kejohanan Eropah musim ini. Kini hanya tinggal 2 peluang untuk LVG menang piala sama ada EPL dan Piala FA. Mungkin EPL diluar kemampuan United musim ini kerana Chelsea dan Manchester City mempunyai skuad yang lebih mantap. Tempat ke-3 mungkin lebih logik untuk musim pertama LVG.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PERANG PSIKOLOGI BERMULA


Jadual Live Streaming Arsenal vs Manchester City [Klik]

Piala Perisai Komuniti FA atau FA Community Shield merupakan perlawanan tahunan melibatkan juara EPL musim lepas menentang juara Piala FA. Umum sudah tahu kelab Manchester City membuktikan mereka masih gah dengan pembelian pemain berstatus bintang dan pemilihan Manuel Pellegrini selaku pengurus pasukan. Kemenangan juara EPL 2013/2014 memang tidak dapat dinafikan.



Liverpool yang tidak diletakkan harapan pada awalnya, hampir-hampir saja menamatkan kemarau 24 tahun kejuaraan liga. Ternyata persembahan Luis Suarez, Sturridge dan Sterling dibantu pula dengan taktikal Brendan Rodgers yang mantap membawa mereka muncul naib juara EPL. Chelsea dan Arsenal terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 dan ke-4.



Arsenal sebaliknya mendapat tuah dalam pertandingan Piala FA Inggeris 2013/14. Kemarau trofi 9 tahun anak buah Arsene Wenger berakhir apabila mereka menewaskan Hull City dalam masa tambahan perlawanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Arsenal vs Hull City | Final FA Cup Inggeris 18 Mei 2014 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MAMPUKAH ARSENAL TAMATKAN PENANTIAN 9 TAHUN?



Keputusan Akhir : Arsenal 3 - 2 Hull City

Setelah EPL melabuh tirai minggu lalu dengan penuh dramatik, peminat bola sepak England akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Arsenal dan Hull City dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2014.



Arsenal berjaya menamatkan saingan liga di tempat ke-4 manakala Hull di kedudukan ke-16. Jika berdasarkan rekod pertemuan dalam EPL musim ini, Arsenal mempunyai kelebihan dengan 2 kemenangan berbalas 0.



Bagi Hull City, kemenangan dalam final FA Cup ini akan menjadi sejarah besar bagi kelab itu buat kali pertama menjuarai kejohanan elit di England. Berbeza bagi Arsenal yang terdesak untuk mengakhiri kemarau trofi yang kini memasuki tahun ke-9. Mampukah mereka lakukan dalam final pagi esok?


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PELUANG ARSENAL AKHIRI PENANTIAN



Arsenal mendapat berita gembira awal pagi tadi apabila juara Piala FA musim lalu, Wigan mengejutkan Manchester City di laman mereka. Wigan merupakan kelab divisyen 1 yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA Inggeris 2014. Selain Arsenal dan Wigan, dua lagi kelab yang layak ialah Sheffield United (divisyen 2) dan Hull City.



Kekalahan Manchester City itu sememangnya tidak diduga dengan kualiti pemain yang dimiliki serta bermain di laman sendiri. Ini sekaligus merencatkan usaha mereka untuk menambah bilangan koleksi trofi selepas menjuarai Piala Capital One baru-baru ini.



Di peringkat separuh akhir nanti, Arsenal akan menentang Wigan manakala Hull City bakal berdepan cabaran pasukan kerdil Sheffield United. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Wembley pada 12 dan 13 April 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/